Make your own free website on Tripod.com

Search for:

Hit Counter

Fungsi Laut
Ekosistem
Album Foto
Kehidupan Unik
Kehidupan Ekstrem
Buterfly Cat
Clown Fish
Lobster
Louhan

Matahari terbit di atas laut
Matahari terbit di atas laut

Laut merupakan satu kawasan tekungan besar air asin. Laut dan lautan menutup hampir 70% permukaan bumi. Kadang-kadang, orang mencampur adukkan laut dengan lautan. Kebanyakan laut adalah bersambung dengan lautan, kecuali beberapa laut seperti Laut Mati yang dikelilingi daratan. Air di laut merupakan campuran 96.5% air suling dan 3.5% bahan lain seperti garam, gas dan bahan-bahan terlarut lain.

Kedalaman laut

Kedalaman sesebuah laut dapat diukur dengan menggunakan 'bunyi' (sonar). Pemancar sonar di dalam kapal akan memancarkan gelombang bunyi berfrekuensi tinggi yang akan bergerak ke dasar laut dengan kelajuan 1.5 km sesaat. Gema yang terpantul daripada dasar laut kemudiaannya ditangkap dengan sebuah alat khas. Jadi, kedalaman laut itu dapat ditentukan dengan mengira selang masa antara pancaran bunyi dan gema diterima.

Sebelum penciptaan alat sonar, kedalaman air diukur dengan mengikat pemberat pada ujung suatu tali. Kemudian pada setiap depa di tali itu dibuat satu simpul atau tanda. Dengan cara mengira berapa simpul yang tenggelam apabila pemberat tersebut menyentuh dasar, kedalaman air itu dapat diketahui. Namun, cara ini agak tidak akurat dan tidak dapat mengukur laut yang dalam.